Friday, November 22, 2024

Amaran Banjir Terkesan Oleh Air Pasang

(Gambar : Sebahagian kawasan perumahan dinaiki air ketika banjir kilat melanda daerah Kuala Terengganu pada bulan Januari lalu)

KUALA TERENGGANU - Amaran banjir akan berlaku apabila sejumlah 100 -160 mm hujan diterima di daerah ini sejak bermula daripada awal pagi sehingga jam 5.00  petang, Jumaat 22 November.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) negeri, berapa kawasan dalam bandaraya ini akan terkesan dengan banjir apabila air laut pasang.

"Air laut  sedang pasang dan  dijangka mencapai kemiuncak pada sekitar jam  2.00  pagi Sabtu, 23 Novenber pada  ketinggian lebih kurang 2.6m ACD." menurut kenyataan itu.

Justeru, kenyataan itu menambah, jika hujan berterusan , kawasan-kawasan seperti di bawah akan menerima kesan langsung :

1. Taman Chendering Utama

2. Hadapan SMK Kubang IKan

3. Alur di Laluan T100

4. Persimpangan Chendering

5. Masjid Kubang Ikan dan sekitar

6. Jalan Sultan Omar

7. Jalan Kamaruddin

8. Chabang Tiga

9) Kampung-kampung  kawasan Hiliran

10. kawasan Pulau Sekati

11. Kawasan sekitar 5km radius dari muara.

"Tindakan awal JPS  yang melibatkan  lembangan di kiri Sungai Ibai adalah dengan pengoperasian pintu air di Tok Adis dengan lebih awal, iaitu menutup pintu semasa air pasang dan dibantu oleh pam (10cu.sec) bagi mengalirkan air keluar ke Sg. Ibai," menurut kenyataan itu lagi 

Oleh yang demikian, tambah JPS, tindakan awalan bagi mengurangkan risiko banjir adalah dengan mengambil langkah berjaga-jaga.


No comments:

Post a Comment