Monday, March 17, 2025

Guru PASTI Terima Sumbangan Sinar Aidilfitri


 MARANG– Seramai 59 guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan menerima sumbangan menerusi program Sinar Aidilfitri PASTI.


Setiausaha PAS Marang, Sulaiman Sulong berkata, sumbangan ini dapat meringankan beban dan menceriakan para guru dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.


"Sumbangan berupa wang tunai itu diberikan sebagai tanda penghargaan kepada para pendidik yang telah berkhidmat dengan dedikasi dalam mendidik anak-anak generasi Islam," jelasnya.


Beliau berkata demikian dalam program Sinar Aidilfitri Guru-Guru PASTI  di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Pengkalan Berangan, pada jumaat.



Menurutnya, inisiatif ini juga mencerminkan komitmen PAS dalam memastikan kebajikan guru-guru terus terpelihara.


“Sumbangan ini adalah penghargaan atas usaha gigih para guru dalam mendidik anak-anak di PASTI. 


"Semoga ia dapat menceriakan mereka dan memberi semangat untuk terus mendidik generasi akan datang,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment