Sunday, April 6, 2025

Sokongan Agresif Trump Telah Dijangka

 


KUALA TERENMGGANU - Sokongan lebih agresif Donald Trump, mendokong Zionis Israel telah dijangka, selepas Presiden AS itu menang polihanraya dan menduduki ‘Rumah Putih’ kali kedua.

Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, YB Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Trump pada Disember lalu, telah mengisytiharkan akan merubah Gaza kepada pusat pelancongan seperti pantai Riviera di Perancis

“Trump memberi kata dua kepada HAMAS sama ada menyerah kalah dengan membebaskan tawanan serta menyerahkan tampuk pemerintahan kepada pemerintah baharu atau berdepan dengan serangan dan menghalau keluar rakyat Palestin di Gaza.” jelas beliau.

Namun, ADUN Batu Buruk itu menambah, terdapat agenda tersirat di sebaliknya yang lebih besar dan perlu dilihat dengan kerangka yang luas iaitu Timur Tengah Baharu.

“Donald Trump dan Benjamin Netanyahu berulang kali mengungkapkan istilah ini sebagai satu isyarat, inilah agenda sebenar yang sedang berlangsung iaitu penerusan agenda Imprealisma Barat dan Zionisma yang bermula sejak pra Perang Dunia Pertama dan berterusan sehingga sekarang.” tegasnya.

Ustaz Muhammad Khalil berkata demikian dalam satu kenyataan media, mengulas keadaan keadaan yang sedang meruncing di Semenanjung Gaza ketika ini.

Menurut beliau, tujuan utama Imprealisma Barat adalah menguasai ekonomi dunia melalui penguasaan ke atas sumber petrol dan gas yang terdapat di laut Gaza.

“mereka mahu membuat laluan baharu kepada kapal-kapal perdagangan dunia sebagai alternatif kepada Terusan Suez di Mesir di samping menghapuskan Houthi di Yaman bagi menguasai Bab al-Mandab.” kata beliau.

Manakala Zionisma pula, kata berliau, akan mendapat habuan, menguasai keeluruhan bumi Palestin dan meluaskan jajahan negara haram itu ke negara Timur Tengah lain.

“Mereka merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik perancang. Semoga Allah menggagalkan perancangan mereka dan memberi balasan setimpal di atas kezaliman yang dilakukan ke atas umat Islam.” Tambah beliau lagi.

Rejim haram Israel telah melanggar perjanjian gencatan senjata yang dimeterai sejak dua lalu dengan menyerang semula Gaza sejak akhir bulan Mac.

No comments:

Post a Comment