Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu kezaliman dan penjajahan yang berlaku di P4lestin, kami ingin melahirkan rasa dukacita dan kecewa terhadap kenyataan Perdana Menteri Malaysia dalam temubual bersama Richard Quest dari CNN baru-baru ini.
Kenyataan beliau yang menerima hak Israel untuk wujud dan mempertahankan dirinya tidak mencerminkan pendirian rakyat Malaysia serta perjuangan kami dalam membela nasib rakyat P4lestin.
Pendirian rakyat Malaysia adalah kekal seperti berikut :
1. “Isr4 Hell” Sebagai Penjajah
• “Isr4 Hell” adalah negara penjajah yang wujud hasil rampasan tanah rakyat P4lestin melalui keganasan dan penindasan.
Kenyataan bahawa “Isr4 Hell” “berhak untuk wujud” adalah menafikan hak asasi rakyat P4lestin yang telah kehilangan tanah air mereka.
2. Naratif “Hak Pertahanan Diri”
• Naratif ini digunakan oleh pihak Barat untuk menghalalkan serangan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat P4lestin, termasuk pembunuhan kanak-kanak, wanita, dan warga tua.
Ia juga menyembunyikan hakikat “genosid sistematik” yang dilakukan oleh “Isr4 Hell” sejak peristiwa Nakba pertama.
3. Pendirian Malaysia Yang Tegas
• Malaysia selama ini kekal menyokong perjuangan kemerdekaan rakyat P4lestin dan menolak pengiktirafan terhadap “Isr4 Hell” sebagai sebuah negara yang sah.
Kenyataan Perdana Menteri bercanggah dengan dasar luar negara yang selama ini mendukung P4lestin dan tidak sesekali mengiktiraf “Isr4 Hell”.
Atas dasar tanggungjawab dan solidariti bersama saudara seakidah di P4lestin , saya menuntut agar Perdana Menteri perlu :
1. Menarik Balik Kenyataan
• Kami mendesak Perdana Menteri segera menarik balik kenyataan yang dibuat dalam temubual tersebut, kerana ia tidak mencerminkan aspirasi dan pendirian rakyat Malaysia.
2. Memohon Maaf Secara Terbuka
• Perdana Menteri perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan rakyat P4lestin yang terluka dengan kenyataan tersebut. Ini penting untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemimpin negara.
3. Perkukuh Sokongan kepada P4lestin
• Kami juga menggesa kerajaan Malaysia memperkukuhkan lagi sokongan kepada P4lestin melalui tindakan yang lebih konkrit, termasuk diplomasi antarabangsa, bantuan kemanusiaan, dan menolak sebarang bentuk normalisasi dengan “Isr4 Hell”.
Sebagai rakyat Malaysia, saya sentiasa berdiri teguh bersama P4lestin dan berharap Perdana Menteri mendengar suara kami demi mempertahankan prinsip kemanusiaan sejagat.
#KeadilanUntukP4lestin
#MalaysiaBersamaP4lestin
YB Ustaz Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk.

No comments:
Post a Comment