Tuesday, November 12, 2024

Penduduk Dijangka Terbabit Banjir Diminta Bersiap Sedia


KUALA TERENGGANU - Jabatan Amal (Amal) Terengganu memohon kerjasama semua penduduk dijangka terbabit bencana banjir, membuat persiapan lebih awal sebagaimana arahan yang dikeluarkan oleh Khidmat Malaysia Terengganu dan pihak berkuasa berkenaan.

Pengarahnya, Mohd Hasmizie bin Hasan berkata, sejumlah 192 kawasan disenaraikan sebagai titik panas atau ‘hotspot’ bencana tersebut di negeri ini, sebagaimana yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

”sekiranya berlaku pertembungan fenomena air pasang besar berserta hujan lebat sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL), Daerah Kemaman merekodkan jumlah kawasan berisiko tertinggi iaitu sebanyak 39 lokasi diikuti daerah Dungun (32 kawasan) dan Besut (29 kawasan) dan Hulu Terengganu (29 kawasan).

”Sebanyak 27 kawasan lagi dikenal pasti di Marang, Setiu (21 kawasan) dan Kuala Terengganu /Kuala Nerus (15 kawasan) membabitkan lima lembangan sungai iaitu Sungai Terengganu, Sungai Besut, Sungai Dungun, Sungai Kemaman dan Sungai Setiu.

“Daerah Hulu Terengganu Juga dijangkakan berisiko tinggi berlaku banjir selain daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, dan Kemaman.” ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, 1200 orang tenaga sukarelawan Amal Terengganu sudah bersiap siaga dikerahkan untuk menghadapi sebarang kemungkinan, pada bila-bila masa.

”anggota kita ada di setiap daerah dan agak bergerak sekiranya banjir melanda atau apa-apa musibah yang memerlukan khidmat kami,

”untuk banjir, kita bersama Khidmat Malaysia negeri mempunyai tenaga dan aset yang digerakkan bagi usaha menyelamat serta bantuan pasca banjir,” jelasnya.

Oleh itu beliau berpesan, jangan panik sekiranya berhadapan  dengan apa jua bencana dan sentiasa menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan komuniti setempat.

”simpan dalam telefon bimbit nombor telefon penting, sekiranya memerlukan pertolongan atau apa saja bantuan hubungi nombor berkenaan untuk segala bentuk bantuan,

”insya-Allah Jabatan Amal (Unit Amal) sudah membuka semua bilik gerakan di daerah-daerah dan meletakkan semua anggota dalam keadaan berjaga-jaga,” tambah beliau.

No comments:

Post a Comment