Monday, March 24, 2025

Al-Quran Penyuluh Hidup


 Oleh : Fatimah Din 

Gambar : Abdul Fatah Kamaruddin 


MARANG - Umat Islam sepatutnya menjadikan Al-Quran sebagai penyuluh dan   petunjuk dalam   menjalani kehidupan seharian mereka.


Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Harun Isa turut mengajak mereka untuk muhasabah diri berpandukan kitab suci itu. 


" kerana siapa yang tidak hidup berpandukan Al-Quran akan rugi dia, biarlah kita selesaikan apa-apa masalah yang kita hadap dalam hidup kita dengan Al-Quran." jelasnya. 


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Khatam Al-Quran, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan yang diadakan di Pasar Kampung Pengkalan Berangan di sini   pada sabtu, 22 Mac  


Majlis yang mendapat sambutan orang ramai terutamanya  guru - guru PASTI DUN itu dan juga muslimat . 



Ustaz Harun berkata sebagai orang Islam, mereka mestilah bersungguh-sungguh membaca, memahami, menghafaz nya. dan mengamalkannya. 


"Pada bulan Ramadan diturunkan Al-Quran,  manfaatkan Al-Quran dalam kehidupan supaya hidup kita berjaya di dunia dan di akhirat," katanya lagi.


Dalam majlis tersebut turut diagihkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan oleh Setiausaha PAS Kawasan Marang,, Ustaz Sulaiman Sulong.

No comments:

Post a Comment