Saturday, March 22, 2025

125 Guru PASTI Terima Bantuan


 Oleh Azhar Yusof 


HULU TERENGGANU, 22 Mac - Seramai lebih 125 guru dari Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI di Hulu Terengganu menerima bantuan kewangan sempena Aidilfitri.


Yang Dipertua Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Hulu Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Maliaman Kassim, menyampaikan penghargaan kepada para guru yang hadir dalam majlis tersebut.


"Syabas dan tahniah kepada semua yang terus berjuang, mengorbankan masa dan tenaga demi menyebarluaskan ajaran Islam serta mendidik anak-anak kita di Hulu Terengganu.



"Meskipun pendapatan yang diterima tidak seberapa, namun kalian tetap cekal menjalankan tugas demi memastikan Islam terus diperkasa dan diamalkan pada masa akan datang," katanya.


Exco kerajaan negeri Terengganu itu berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Sumbangan Dana Pendidikan, PAS Kawasan Hulu Terengganu yang berlangsung di hadapan bangunan PAS Kawasan Hulu Terengganu, pagi tadi.


"Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, ia adalah bukti keprihatinan dan kebersamaan PAS Kawasan Hulu Terengganu dalam membantu para guru mengikut kemampuan yang ada.



"Insya Allah esok kita akan turun ke sekolah DAR DAN KUDQI untuk menyampaikan sumbangan sempena hari raya yang akan tiba tidak lama lagi," ujarnya.


Sumbangan ini merupakan acara tahunan PAS Kawasan Hulu Terengganu bagi membantu sektor pendidikan parti dalam membuat persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba.


Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu, YB Ustaz Hilmi Dato' Harun  dan Ahli Jawatankuasa Pas kawasan Hulu Terengganu.

No comments:

Post a Comment