Thursday, March 20, 2025

Seraga Hijau Ceriakan 105 Penerima di DUN Ladang

 


KUALA TERENGGANU – Seramai 105 penerima terpilih di DUN Ladang menerima sumbangan Seraga Hijau sempena Aidilfitri, membawa keceriaan kepada mereka menjelang sambutan lebaran.


Naib Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, program ini bertujuan membantu golongan yang memerlukan agar mereka dapat membuat persiapan Aidilfitri dengan lebih baik.


"Dalam edisi kali ini, selain pelbagai jenis sayur-sayuran segar, sumbangan turut merangkumi telur sepapan, bawang merah, bawang besar, dan cili boh. 


"Kesemua barangan ini dihantar terus ke rumah penerima bagi memastikan mereka dapat menikmati bekalan makanan segar menjelang lebaran," jelasnya.


Beliau yang juga ADUN Ladang berkata demikian dalam laman sosial beliau, pada semalam.


Justeru itu, beliau berharap dengan sumbangan kecil ini dapat memberikan kegembiraan dan membawa keberkatan kepada semua penerima.


"Insya Allah, semoga dengan sedikit rezeki  dikongsi ini dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan dan menceriakan suasana Aidilfitri," katanya.


Program Seraga Hijau sebelum ini telah beberapa kali diadakan dengan objektif membantu masyarakat setempat mendapatkan bahan makanan segar secara percuma. 


Ia juga menjadi simbol semangat gotong-royong dan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment