Tuesday, November 19, 2024

Kerajaan Terengganu Berusaha Keras Membina Rumah Untuk Rakyat


KUALA TERENGGANU - Kerajaan PAS negeri Terengganu sedang berusaha keras merancakkan pembinaan rumah untuk rakyat, terutamanya bagi memenuhi keperluan penduduk memiliki kediaman sendiri.

Menteri Besar Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi tujuan tersebut, kerajaan negeri akan meningkatkan sektor pasaran hartanah dan akan memperkasakan usaha membina Rumah Mampu Milik (RMM).

"Bahagian Perumahan SUK (Setiausaha Kerajaan Terengganu), PMINT ( Perbadanan Memajukan Iktisad negeri Terengganu) dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) akan merancakkan industri perumahan menerusi dasar pembangunan perumahan.

"Secara penswastaan yang lebih menguntungkan kedua-dua (belah pihak) pemaju dan pembeli antaranya dengan menyediakan insentif yang lebih baik kepada pemaju dan memperkenalkan variasi baharu RMM sebagai pilihan tambahan kepada pembeli,"ujarnya.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata demikian ketika membentangkan belanjawan 2025 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15, Di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Samsuri berkata, pihaknya akan meneruskan Program Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) dalam usaha memastikan hasrat rakyat memiliki kediaman sendiri tercapai.

"Serta akan memberikan perhatian terhadap usaha untuk menangani isu projek perumahan swasta yang terbengkalai," ujarnya.

No comments:

Post a Comment