Sunday, November 17, 2024

Anak Kuasai Bacaan Solat dan Al-Quran Daripada PASTI


MARANG - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah membuktikan pra-sekolah itu berjaya menyempurnakan impian  ibubapa supaya anak-anak mereka menguasai bacaan solat dan  menghafal  Al-Quran ketika kanak-kanak .

Kenyataan itu telah diakui  Noor Asma Embong , 45 memilih pusat pendidikan yang diselenggarakan oleh Dewan Pemuda PAS untuk keempat-empat anaknya bermula daripada yang sulung.

"Anak saya dapat menguasai bacaan dalam solat dan Al-Quran dari PASTI, sebab PASTI memang cukup jaga dari segi solat dan Al-Quran.

"Dia juga dapat khatam Al-Quran seawal usia enam tahun, dan sekarang kami nak dia fokus pada hafazan," ujarnya.


Ibu kepada pelajar PASTI  Bestari As-Siddiq, DUN Rhu Rendang, Nur Nuha Husna  Zakaria, 6 ditemui seusai acara hafazan sempena Alam Ria PASTI  Negeri Terengganu 2024 yang diadakan di Dewan Maahad Darul Quran, Rusila pada 16 November.

Nur Nuha telah mewakili PASTI Kawasan Marang untuk acara tersebut.

Menurutnya, Nur Nuha  dilihat sangat mudah mengenal Al-Quran dan boleh menyambung ayat yang dibaca abangnya  di rumah seperti surah Ar-Rahman dan  Al-Waqiah.

"Saya harap anak saya istiqomah dalam Al-Quran bukan setakat masuk pertandingan sahaja tetapi biarlah Al-Quran ini kekal dalam dirinya sampai bila-bila,

"Selain itu, pendidikan di PASTI  juga turut menerapkan pendidikan dari segi adab, akhlak selain bidang akademik dan juga sukan , jadi ia cukup untuk pendidikan anak saya," tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment