KUALA TERENGGANU - Usaha menyelamat dan penghantaran bantuan kepada mangsa banjir dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi akan menjadi lebih pantas dan efektif dengan tambahan sebuah bot baharu.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi, YB Haji Ghazali Sulaiman berkata, bot penyelamat yang baru tersebut dilengkapi dengan peralatan asas seperti jaket keselamatan, kotak pertolongan cemas dan enjin yang kuat.
”dapat mengurangkan masa penghantaran bekalan makanan, keperluan perubatan, dan pemindahan penduduk yang terjejas. Ini adalah langkah penting untuk keselamatan dan kesejahteraan komuniti kita,”
”Bot penyelamat yang baru ini sesuai untuk mengharungi kawasan yang berarus deras dan berlumpur, menjadikan bot ini peralatan yang penting dalam pengurusan kecemasan.” ujar beliau.
Haji Ghazali yang juga ADUN Bukit Besi berkata demikian ketika dihubungi hari ini,mengulas tentang pelancaran bot tersebut pada 11 November lalu.
Oleh itu beliau berharap, bot tersebut dapat dijaga dan memberi manfaat maksima kepada seluruh penduduk DUN, yang sering dilanda musibah banjir pada musim tengkujuh.
”disamping usaha memperkukuhkan persediaan menghadapi musim banjir dan misi bantuan banjir yang bakal digunakan di kawasan yang sering terjejas banjir.
”kita harap dapat bersama-sama menjaga kemudahan ini, supaya ia dapat memberi manfaat yang lebih lama kepada masyarakat,” kata beliau.

No comments:
Post a Comment