Sunday, November 17, 2024

Langkah Tegas Terengganu Tangani Pencerobohan Nelayan Asing


 Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu tegas dalam menangani isu pencerobohan nelayan asing di perairan negeri ini dengan pelaksanaan pelbagai langkah strategik dan efektif.

Ahli Jawatankuasa kerja (AJK) PAS Pusat, YB Dr Azman Ibrahim berkata, ia memastikan pengurusan perairan negeri kekal lestari dan melindungi mata pencarian nelayan tempatan.

“Mengikut pindaan Akta Perikanan 1985, denda maksimun bagi pemilik vesel atau tekong vesel asing yang menceroboh perairan Malaysia untuk tujuan penangkapan ikan boleh mencecah RM 6 Juta, 

“Manakala bagi setiap awak-awak pula, denda boleh dikenakan sehingga RM 600.000.00 seorang. Disamping peralatan dan vesel boleh dirampas kemudian dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia,” jelasnya.

Beliau yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Mesyuarat ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri  Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, pada hari ini.

Menurutnya, pada tahun 2108  sehingga 2024 sebanyak 196 buah bot nelayan asing telah ditahan oleh agensi penguatkuasaan negara iaitu Polis Marin, DOF dan APMM. 

“Tindakan kepada bot nelayan asing yang ditahan yang mana kes akan dibawa ke mahkamah bagi pendakwaan di bawah Akta Perikanan Malaysia 1985. 

“Jika disabit bersalah nilai maksimun denda kepada tekong ialah RM6juta sementara awak-awak sehingga RM600 ribu seorang atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali,” ujar beliau.

Sementara itu, ADUN Jabi itu turut berkata, Vessel rampasan boleh dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia. 

“Setakat ini semua kes membabitkan nelayan asing yang dibicarakan di mahkamah telah disabitkan kesalahan dan dihukum serta tidak ada yang bayar denda tetapi mereka lebih memilih penjara.

“vesel rampasan yang telah dilucut hak sebahagian besarnya ditenggelamkan sebagai tukun tiruan,” tambah Dr Azman lagi.

Selain itu, beliau berkata terdapat beberapa angkah diambil mengatasi masalah ancaman dari nelayan asing antaranya peningkatan Pemantauan dan penguatkuasaan Maritim dengan meningkatkan rondaan serta  operasi penguatkuasaan di kawasan perairan negeri seluas kira-kira 87,000 km persegi. 

“Setiap nelayan tempatan bagi Zon C dan C2 diwajibkan untuk memasang sistem"Mobile Tracking Unit" MTU bagi memudahkan pemantauan lokasi dan identifikasi di mana ia dapat membantu pihak berkuasa mengenal pasti dan membezakan antara vessel tempatan dan  kapal asing yang memasuki perairan negara secara haram.

“kempen kesedaran dan pendidikan kepada nelayan tempatan memahami hak dan peranan mereka dalam menjaga perairan negara termasuklah melaporkan kegiatan nelayan asing dengan pantas apabila mendapati sebarang aktiviti yang melanggar Akta Perikanan 1985 terutamanya Nelayan Asing yang menceroboh ke dalam perairan negara,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment