Sunday, November 17, 2024

RM1.887 Bilion Belanjawan 2025 Negeri Terengganu

 


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui oleh PAS memperuntukkan sejumlah RM1.887 bilion bagi Perbelanjaan Mengurus tahun 2025,.

Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Sri Ir Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perbelanjaan ini termasuk caruman RM450 juta kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

Katanya, hasil negeri pula dianggarkan berjumlah RM1.997 bilion.

“Di bawah Perbelanjaan Mengurus, sebanyak RM94.99 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan Tanggungan dan RM1.792 bilion untuk Perbelanjaan Bekalan iaitu RM278.19 juta untuk Emolumen.

“RM361.49 juta untuk Perkhidmatan dan Bekalan, RM23.93 juta untuk Aset, RM1.127 bilion untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan RM1 juta untuk perbelanjaan lain,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada Mesyuarat ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri  Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, pada hari ini.

Katanya, Kerajaan PAS optimis bahawa pengurusan bajet ini dapat memastikan pembangunan negeri terus berkembang dengan fokus kepada sektor sosial, pentadbiran dan ekonomi.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM385.79 juta (86%) untuk Sektor Sosial, RM44.28 juta (10%) untuk Sektor Pentadbiran dan RM19.93 juta (4%) untuk Sektor Ekonomi di bawah Perbelanjaan Pembangunan.

“Manakala bagi hasil pula, sebanyak RM74.10 juta adalah daripada Hasil Cukai, RM189.25 juta daripada Hasil Bukan Cukai dan RM1.733 bilion daripada Terimaan Bukan Hasil termasuk Dana Khas Kerajaan Persekutuan iaitu bayaran hasil petroleum yang dianggarkan berjumlah RM1.634 bilion,” tambah Samsuri lagi.

No comments:

Post a Comment