Sejak kebelakangan ini, begitu aktif pemimpin UMNO Terengganu memasuki institusi pendidikan di negeri Terengganu menggunakan jentera kerajaan.
2. Tanpa segan silu, 'cybertroper' parti dijadikan panel untuk memberikan motivasi dan kuliah kepada para pelajar.
3. Setahu saya, masih ramai tokoh-tokoh yang lebih layak untuk dijemput memberi ceramah kepada pelajar-pelajar, tetapi mengapa tidak dijemput?
4. Beberapa hari lepas juga, berlangsungnya pertemuan 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗨𝗻𝗶𝗦𝗭𝗔 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗮𝗻.
5. Malangnya, 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹𝗶 𝗬𝗔𝗕 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂, 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗿. 𝗗𝗿. 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶 𝗠𝗼𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿 dalam slot perasmian program mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘁𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟮𝟰 𝗷𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺.
6. Budaya politik apa yang kepimpinan kerajaan perpaduan mahu tonjolkan dan tunjuk kepada anak-anak pelajar dan mahasiswa.
7. Belum insaf diajar 40-0 kerana menggunakan politik kuno? Kini, masih berterusan 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗶𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗶𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶𝗮𝗻
8. Kehadiran saya ke UniSZA bukan atas nama jawatan parti sebagainya Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu bertemu dengan MPP UniSZA. Kehadiran saya atas jawatan EXCO Kerajaan Negeri dan saya mewakili YAB Menteri Besar.
9. Justeru, Kerajaan Negeri mengharapkan agar pihak tertentu tidak menggunakan pelajar dengan menangguk di air yang keruh demi kepentingan peribadi.
𝗬𝗕 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗗𝗥. 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗞𝗛𝗔𝗟𝗜𝗟 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗛𝗔𝗗𝗜
KETUA PENERANGAN PAS TERENGGANU/ 𝘗𝘌𝘕𝘎𝘌𝘙𝘜𝘚𝘐 𝘑𝘈𝘞𝘈𝘛𝘈𝘕𝘒𝘜𝘈𝘚𝘈 𝘗𝘌𝘕𝘌𝘙𝘈𝘕𝘎𝘈𝘕, 𝘋𝘈𝘒𝘞𝘈𝘏 𝘋𝘈𝘕 𝘗𝘌𝘔𝘌𝘙𝘒𝘈𝘚𝘈𝘈𝘕 𝘚𝘠𝘈𝘙𝘐𝘈𝘏 𝘕𝘌𝘎𝘌𝘙𝘐 𝘛𝘌𝘙𝘌𝘕𝘎𝘎𝘈𝘕𝘜
#TerengganuMajuBerkatSejahtera #UPDI #TRDINews #menerajuerabaharuterengganu #IndahnyaHidupBersyariat #terengganu

No comments:
Post a Comment