Monday, November 18, 2024

Terapkan Mesra Syariah Dalam Sukan


 DUNGUN - Memandangkan agak sukar untuk melaksanakan sukan yang patuh syariah, maka kerajaan Terengganu cuba menerapkan aktiviti  itu sekurang-kurangnya 'mesra syariah'. 

Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata  PAS tidak berpolitik dalam pakaian Syariah, tanggungjawab kerajaan menjaga Islam,tanggungjawab kerajaan adalah untuk menjaga orang Islam dan juga maruah wanita,

"Perempuan Islam tidak boleh mendedahkan aurat, kalau ibubapa atlet bersetuju kita akan ambil alih tanggungjawab ibubapanya untuk jaga wanita itu. sekarang kita dalam proses memberi kefahaman,"jelasnya 


Ustaz Hishamuddin yang juga Exco kerajaan negeri berkata demikian ketika berucap dalam program Bicara Exco yang diadakan di sini pada 17 Oktober. 

Menurutnya, kerajaan sentiasa memberi pendidikan dan  kefahaman kepada atlet, dengan itu seorang pegawai agama telah dilantik di Majlis Sukan Negeri. 

"perkara yang tidak boleh kita lakukan, kita tidak berkompromi, kita akan sekat terus,." katanya.

No comments:

Post a Comment